Friday, April 27, 2018

BISNES AIR BALANG

Penulis : Mizan Sulaiman
Harga : RM70.00
Format : Ebook (pdf)

Sinopsis:

Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.


Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!

Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Pertama sekali, dari segi MODAL!

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!

Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!


Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
Saya juga dulu sama seperti anda! Minat untuk berniaga itu memang sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini agak ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan saya jauh meleset!

Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang saya tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa saya lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga. Maklumlah, sewaktu saya bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang pakar tentang perkara ini. Saya hanya main redah sahaja!

Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa! Payung yang rosak dan terbang di tiup angin! Air-air yang terpaksa dibuang ke longkang.. ianya antara pengalaman sedih yang pernah saya lalui!

Jadi, saya tidak mahu anda turut mengulangi kesilapan saya serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang anda bayangkan.

Disebabkan itu, saya telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!


Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang saya kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Ada 60 mukasurat yang padat dengan info-info real dari seorang "usahawan yang real" yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah "ebook teori" atau "ebook resepi oleh chef" yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.


WOW! Begitu banyak ilmu serta rahsia yang saya bongkarkan di dalam ebook ini! Saya pasti, sebaik sahaja anda selesai membaca ebook ini, anda pasti akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang! Anda sudah tidak perlu lagi susah-susah untuk buat "trial & error" seperti mana yang pernah saya lakukan dulu.

Jalan shortcut sudah tersedia untuk anda! Anda boleh ambil pengalaman saya berniaga selama 8 tahun, hanya dalam masa beberapa jam sahaja dengan cara membaca ebook ini.

Bukankah itu cara yang lebih mudah dan bijak?

Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan tidak murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya berniaga di bazar ramadhan yang mana telah terbukti berjaya memberikan hasil lumayan di dalam perniagaan saya dan juga perniagaan orang lain yang membaca ebook ini!

Harga untuk ebook ini.. Hanyalah RM250 sahaja! Ianya masih murah dan setimpal dengan pulangan yang bakal anda perolehi apabila menjalankan bisnes air balang ini!

Tapi... untuk anda yang bertindak segera dan mendapatkan ebook ini hari ini juga, saya akan berikan harga mampu milik, iaitu pada harga serendah RM70 sahaja!

Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM70 sahaja!

Jika anda dah bersedia untuk bermula, klik link langgan di bawah untuk lakukan tempahan.




Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM70 ini adalah merupakan titik permulaan untuk kejayaan anda di masa hadapan.

Anda tidak perlu membuang masa sehingga 10 tahun untuk mencuba dan mencari sendiri "rentak" untuk menjalankan bisnes air ini. Ambil sahaja pengalaman saya yang telah saya ebook kan ini. Ia lebih mudah dan pantas untuk anda bermula.

Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya yang pernah berniaga di pasar ramadhan selama 10 tahun, ia bukanlah ebook teori atau ebook resepi semata-mata. Banyak tips serta pengalaman sebenar yang saya kongsikan di dalam ebook ini!

No comments:

Post a Comment