Friday, April 27, 2018

BISNES AIS KRIM

Penulis : Afiq Dato’ Rusly
Harga : RM60.00
Format : Ebook (pdf)

Sinopsis:

Tengah Cari 'Side-Income' Yang Boleh Menjana Sekitar RM5k Sebulan Secara Part-Time Pada Hujung Minggu Tanpa Perlu Berhenti Kerja?

Tahukah Anda? Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga empat atau lima angka sebulan dengan hanya berniaga aiskrim?


Bukan bisnes aiskrim yang biasa-biasa, tapi ini luar biasa… Inilah salah-satu perniagaan yang...

Tidak memerlukan modal runcit yang besar, 
Tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,
Tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Cara yang terbaik saat ini untuk tambah pendapatan sampingan yang lumayan adalah dengan memulakan bisnes aiskrim. Antara sebabnya...


Modal runcitnya yang rendah.
Margin untung yang tinggi.Tidak perlukan skill kemahiran yang tinggi.
Hanya bunyikan loceng & tanya nak aiskrim yang mana.

Sangat mudah…

Maka tidak hairanlah, kenapa majoriti warga asing seperti Bangladesh, Myanmar & Pakistan mampu jual aiskrim walaupun tak fasih berbahasa Melayu.. :)

Mungkin anda ada kemusykilan yang buatkan anda terhenti seketika untuk mulakan perniagaan Aiskrim.

Adakah ini yang buatkan anda pening kepala memikirkannya ...

“Orang kata nak berniaga ni kena ada ilmu. Kalau tak de memang lambat sikit nak berjaya. Dekat mana nak tahu ilmu tu?”
“Takkan aku nak jadi bangla pulak. Pergi round dekat taman permainan. Buatnya jiran aku nampak, fuh malu beb…”
“Untung ke bisnes ais krim ni? Nak jual dekat mana? Macam mana boleh dapat sampai RM5k sebulan tu? Mesti margin untung dia besar…”
“Nak jual aiskrim. Mesti kena tahu resepinya. Cara buatnya, mana nak dapat semua resepi tu?… ais krim Malaysia 20 sen tahu lah aku buat..”
“Daripada segi cerita, memang minat dah ni… tapi apa langkah pertamanya? Macam mana nak mula? Nak kena buat apa dulu?”
“Berapa modal mulakan bisnes ais krim ni? … Apa barang kena beli? Guna mesin apa? Bagaimana cara prosesnya?”

Sudah, kini anda dah tak perlu nak pening-pening lagi fikirkan segala permasalahan di atas ...

Segala persoalan di atas bakal dijawab untuk anda ...

Saya sendiri akan bantu dan bimbing anda langkah-demi-langkah melalui ebook panduan hasil tulisan saya sendiri ini ...

Memperkenalkan ...

Ebook Bisnes Aiskrim – “Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim!”


Sebelum kita masuk lebih mendalam, mari saya kongsikan bersama anda serba-sedikit info secara amnya mengenai ebook Bisnes Aiskrim ini ...

Ebook panduan ini ditulis oleh saya sendiri bukan saya upah orang lain. Ebook ini khusus untuk mereka yang ingin tambah pendapatan dengan bisnes aiskrim.
Ebook ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri. Saya bukanlah jenis rembat isi dekat Google untuk dijadikan ebook. Ini ebook premium.

Aspek yang dikupas dalam ebook ini meliputi resepi rahsia produk, pemasaran, pengurusan, & operasiuntuk bisnes aiskrim sahaja.
Ada 54 m/s. Disusun mengikut tertib. Senang dibaca & mudah faham. Saiz huruf tidak menyakitkan mata. Ada gambar untuk memudahkan pemahaman.

Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...


Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim
Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?
Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?
Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim
Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim
Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim.

Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal anda perolehi melalui ebook ini. Memang hebat kan?

YA, sudah pasti ianya hebat dan mampu memberikan anda manfaat dalam usaha anda membina sebuah perniagaan aiskrim yang menguntungkan.

Kini anda dah tak perlu bersusah payah menagih resepi daripada peniaga aiskrim lain yang belum tentu mereka bongkarkan.

Cubalah kalau tak percaya! Oh, adakah anda berkata pada saya yang anda berasa ragu-ragu dengan ebook ini?

Biar saya berterus-terang sahaja dengan anda. Nilai sebenar segala maklumat yang bakal saya bongkarkan dalam ebook Bisnes Aiskrim ini bukan sebarangan murah harganya.

Ianya adalah hasil daripada pengalaman, real-life PROVEN saya sendiri dan apa yang saya sendiri sampaikan kepada anak-anak didik bakal usahawan makanan saya selama ini.

Selain itu anda juga dapat resepi turun-temurun dari bapa saya. Yang mana dengan resepi ini, aiskrim tersebut halal & bebas daripada Gelatine (lemak haiwan).

Kini anda tidak perlu nak lalui pengalaman pahit-getir, kesusahan dan habiskan beribu-ribu ringgit untuk keluarkan modal yang anda sendiri tidak tahu adakah anda laburkan pada tempat yang betul atau tidak dalam proses Try & Error.

Jika anda lakukan tempahan dalam tempoh 24 jam ini, saya akan berikan anda 1 ebook Bonus Premium secara PERCUMA sahaja! (Bernilai RM37)

Ianya akan menjadi nilai-tambah kepada ilmu yang bakal anda perolehi melalui ebook utama Bisnes Aiskrim berharga RM60 tadi.

Berikut adalah ilmu bonus yang akan diberikan secara PERCUMA kepada anda ...



Ebook ini akan beritahu anda jenis-jenis aiskrim di pasaran Malaysia. Supaya mudah untuk anda cerita dengan pelanggan anda nanti.

Anda akan ketahui perbezaan antara Aiskrim Colek dengan Aiskrim Lembut? Mana satu lebih untung? Yang mana cepat laku?

Kemudian anda akan diperkenalkan pula dengan Aiskrim Potong, Aiskrim Goyang & Aiskrim Kelapa.

Apakah ciri-ciri tong insulasi (tong aiskrim) yang berkualiti? Dan bagaimana nak dapatkannya jika anda cari tak jumpa-jumpa?

Memang satu tawaran yang amat rugi jika anda lepaskan.


Harga yang akan saya tawarkan kepada anda untuk ebook ini hanyalah sekadar RM60 sahaja!

Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM60 sahaja untuk tempoh masa TERHAD.

Ianya lebih murah berbanding dengan potensi pulangan yang bakal anda perolehi daripada perniagaan aiskrim ini setiap bulan TANPA perlu buka kedai atau kilang sekalipun!
Ianya lebih berbaloi berbanding pengalaman 7 tahun yang saya share dalam ebook ini khas untuk anda.

Ianya lebih jimat masa berbanding anda perlu lalui proses Trial-And-Error yang mungkin memakan masa bertahun-tahun lamanya.
Semua rahsia, petua, resepi & cara dalam bisnes ais krim telah saya bongkarkan dalam ebook ini.

Jika anda dah bersedia untuk bermula, klik butang link langgan di bawah untuk lakukan tempahan …



Sebenarnya kan…

Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. 

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!

BISNES AIR BALANG

Penulis : Mizan Sulaiman
Harga : RM70.00
Format : Ebook (pdf)

Sinopsis:

Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.


Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!

Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Pertama sekali, dari segi MODAL!

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!

Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!


Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
Saya juga dulu sama seperti anda! Minat untuk berniaga itu memang sudah berkobar-kobar! Tapi ilmu tentang bisnes ini agak ZERO! Konon-konon dah tahu buat air yang tersedap maka bisnes akan meletop! Tapi sangkaan saya jauh meleset!

Rupa-rupanya, masih banyak perkara-perkara yang saya tak tahu. Sebagai peniaga baru, terlalu banyak perkara trial & error yang terpaksa saya lakukan, ianya membuang masa, membuang duit dan tenaga. Maklumlah, sewaktu saya bermula dulu, tiada panduan serta tunjuk ajar dari mereka yang pakar tentang perkara ini. Saya hanya main redah sahaja!

Hasilnya begitu mengecewakan! Hasil jualan yang tidak seberapa! Payung yang rosak dan terbang di tiup angin! Air-air yang terpaksa dibuang ke longkang.. ianya antara pengalaman sedih yang pernah saya lalui!

Jadi, saya tidak mahu anda turut mengulangi kesilapan saya serta melalui perkara-perkara yang menyedihkan itu. Situasi sebenar bisnes air balang, mungkin tidak sama seperti mana yang anda bayangkan.

Disebabkan itu, saya telah menulis sebuah ebook yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!


Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang saya kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

Ada 60 mukasurat yang padat dengan info-info real dari seorang "usahawan yang real" yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah "ebook teori" atau "ebook resepi oleh chef" yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.


WOW! Begitu banyak ilmu serta rahsia yang saya bongkarkan di dalam ebook ini! Saya pasti, sebaik sahaja anda selesai membaca ebook ini, anda pasti akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang! Anda sudah tidak perlu lagi susah-susah untuk buat "trial & error" seperti mana yang pernah saya lakukan dulu.

Jalan shortcut sudah tersedia untuk anda! Anda boleh ambil pengalaman saya berniaga selama 8 tahun, hanya dalam masa beberapa jam sahaja dengan cara membaca ebook ini.

Bukankah itu cara yang lebih mudah dan bijak?

Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan tidak murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya berniaga di bazar ramadhan yang mana telah terbukti berjaya memberikan hasil lumayan di dalam perniagaan saya dan juga perniagaan orang lain yang membaca ebook ini!

Harga untuk ebook ini.. Hanyalah RM250 sahaja! Ianya masih murah dan setimpal dengan pulangan yang bakal anda perolehi apabila menjalankan bisnes air balang ini!

Tapi... untuk anda yang bertindak segera dan mendapatkan ebook ini hari ini juga, saya akan berikan harga mampu milik, iaitu pada harga serendah RM70 sahaja!

Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM70 sahaja!

Jika anda dah bersedia untuk bermula, klik link langgan di bawah untuk lakukan tempahan.




Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM70 ini adalah merupakan titik permulaan untuk kejayaan anda di masa hadapan.

Anda tidak perlu membuang masa sehingga 10 tahun untuk mencuba dan mencari sendiri "rentak" untuk menjalankan bisnes air ini. Ambil sahaja pengalaman saya yang telah saya ebook kan ini. Ia lebih mudah dan pantas untuk anda bermula.

Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar saya yang pernah berniaga di pasar ramadhan selama 10 tahun, ia bukanlah ebook teori atau ebook resepi semata-mata. Banyak tips serta pengalaman sebenar yang saya kongsikan di dalam ebook ini!

ANAK PINTAR CERDAS

Penulis : Shafiq Raduan
Harga : RM27.00
Format : Ebook (pdf)

Sinopsis:

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.

Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.

Pesan Saiyidina Umar R.A “Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya..”

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8 tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar, ianya adalah normal pada waktu itu. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2.

Ianya sangat berbeza dengan anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini, persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi, beruntunglah anda yang menjumpai ebook ini!

Menerusi ebook ini, saya akan bongkarkan tips & teknik, bagaimana cara mendidik & mengajar anak agar mereka pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.

Bayangkan, pada umur 5 tahun, anak anda sudah boleh membaca label-label yang terdapat pada botol dan kotak malahan signboard. Saya sendiri agak terkejut, apabila pada satu hari, anak saya yang berumur 5 tahun, tiba-tiba membaca signboard kedai-kedai yang dilalui sewaktu saya membawanya bersiar-siar, “Kedai Makan, Kedai Dob, kedai Gambar” katanya dengan penuh semangat. Selepas menyedari perkara itu, saya mula membelikan lebih banyak bahan bacaan, seperti majalah dan buku cerita untuknya. .

Pada umur 6 tahun, dia sudah pandai membuka komputer dan menaip sendiri perkara yang ingin dia belajar dan ketahui di google ataupun youtube.

Apabila berumur 7 tahun, dia sudah boleh membaca sarikata yang dipaparkan dan sekaligus memahami jalan cerita serta mesej yang terdapat di dalam cerita tersebut.

Kini, anak saya sudah tahu banyak perkara berbanding rakan-rakannya yang lain. Dia juga lebih mudah faham apabila saya menerangkan kepadanya tentang sesuatu perkara yang agak rumit, seperti bagaimana makanan dihadam di dalam perut, tentang ketuhanan, tentang kehidupan realiti dan fantasi, serta pelbagai lagi perkara.

Tanpa melengahkan masa lagi, disini, saya ingin perkenalkan kepada anda sebuah ebook tulisan saya, yang akan membongkarkan rahsia, bagaimana untuk mendidik dan mengajarkan anak anda, agar mereka, menjadi anak yang pintar dan cerdas, serta boleh membaca sebelum masuk ke tadika lagi.

Memperkenalkan, ebook “Anak Pintar Cerdas”…


Ebook ini mengandungi 5 bab…


BAB 1 : Teknik Semasa Kehamilan

BAB 2 : Rahsia Kenapa Bangsa Yahudi Genius
BAB 3 : Teknik Selepas Hamil
BAB 4 : Teknik Pemakanan Berkhasiat
BAB 5 : Teknik Ajar Anak Membaca


Pada mulanya, saya berhajat untuk meletakkan harga ebook ini pada harga RM50 seunit. Tetapi, bila difikir-fikrkan semula, sebagai ibu-bapa yang muda, sudah pastinya, ada banyak lagi komitmen lain yang perlu kita tempuhi. Susu anak, pampers, yuran sekolah, insuran dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.



Jadi, memikirkan hal itu, saya fikir harga RM27 adalah harga yang sesuai dan mampu milik bagi semua ibu-bapa yang mahukan ilmu untuk menjadikan anak mereka anak yang pintar dan cerdas.

Ya! Hanya RM27 sahaja….. (baik dapatkan ia segara sebelum saya menukarkan fikiran saya!)

Oh Ya! Hampir-hampir saya terlupa!. Jika anda mendapatkan ebook ini sekarang, saya juga akan memberikan anda 3 buah ebook bonus yang menarik. Ianya adalah…


Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!

Klik link langgan di bawah untuk lakukan tempahan ebook Anak Pintar Cerdas ini pada harga RM27 sahaja SEKARANG …



123 TIPS JIMAT

Penulis : Zahid Zainal
Harga : RM27.00
Format : Ebook (pdf)

Sinopsis:

E-book "123 TIP MUDAH BERJIMAT CERMAT" ini adalah panduan yang sangat sempoi dan mudah dipraktikkan. Ianya sarat dengan info berguna.Saya menulis ebook ini dengan ayat-ayat yang mudah supaya anda boleh melakukannya pada diri, keluarga dan persekitaran. Antara Strategi mudah jimat cermat yang terdapat di dalam ebook tips panduan ini ialah:

Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru

Kenapa Anda Mesti Mendapatkan Ebook Ini?

Ebook ini paling lengkap merangkumi 14 strategi utama yang menyentuh setiap aspek keadaan seluruh kehidupan dan aktiviti kita.

Terdapat 123 tips mudah yang praktikal dan sesuai diamalkan majoriti rakyat Malaysia.

Ebook tips mudah berjimat cermat ini sarat dengan info, tips dan strategi dirangka daripada pengalaman, perkongsian dan kajian holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

E-book ini adalah wajib dimiliki bagi anda yang mahu hidup lebih tenang, selesai hutang, mengelakkan pembaziran dan mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat fizikal dan mental, tidak kira sama ada anda masih bujang apatah lagi sudah berkeluarga.



Apa Beza Ebook Ini Dengan Artikel Yang Lain?

E-book ini memang berbeza. Setiap tips, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan dalam setiap bab digarap secara terperinci untuk memastikan setiap tips adalah mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Adakalanya anda rasa perkara yang dinyatakan itu macam perkara biasa sahaja. Tetapi, rupa-rupanya perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang dalam mengurus dan mengawal perbelanjaan dengan lebih berkesan. Malah ianya berbaloi untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga anda.

Tip-tip dalam e-book ini adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong anda agar lebih menghagai setiap masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjajan serta lebih kreatif untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan teratur.

Selain itu, saya juga ada 3 Ebook Bonus Terbaik Jika Anda Dapatkan Ebook "123 Tips Jimat" Sekarang!

3 buah ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini! Ketiga-tiga ebook bonus tersebut akan melengkapkan lagi strategi penjimatan dan penyimpanan wang anda agar menjadi lebih mudah! Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!


BONUS #1 : 9 IDEA JANA WANG TANPA MODAL

Di dalam situasi sekarang, yang mana peruntukan wang menjadi begitu terhad. Maka disini, saya berikan anda idea, bukan 1 atau 2.. tetapi 9 idea yang boleh anda lakukan untuk menjana wang tambahan bagi pendapatan anda.

Apa yang lebih menarik, 9 idea yang saya kongsikan di dalam ebook ini, tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal berbentuk wang. Anda boleh lakukannya tanpa mengeluarkan sebarang kos. Apa yang diperlukan, hanyalah sedikit masa dan usaha!

BONUS #2 : 10 HOBI BUAT DUIT!

Antara cara yang paling pantas untuk menjana wang tambahan, adalah dengan menjual kemahiran yang sudah kita miliki. Kemahiran itu pula, selalunya ada pada hobi yang sering kita lakukan dan minat.

Jadi, di dalam ebook ini, saya tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan duit sampingan dari 10 jenis hobi, yang mana, mungkin salah satu daripadanya memang merupakan hobi yang sering anda lakukan.

BONUS #3 : 11 TEKNIK MUDAH JEMPUT REZEKI

Jika kita sering merasakan duit sentiasa tidak cukup,hutang pula semakin bertambah. Mungkin kita perlu lihat juga dari aspek rohani. Mungkin ada amalan-amala yang kita lakukan selama ini tidak begitu sempurna yang mana, ianya mungkin menjadi penyebab rezeki itu terhalang untuk sampai kepada kita.

Oleh itu, di dalam ebook ini, saya kongsikan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki dan sekaligus, menjemput rezeki datang menderu-deru kepada anda tanpa anda sangka-sangka.

Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM27 ini adalah merupakan titik permulaan untuk anda memulakan gaya hidup baru dengan kedudukan kewangan yang lebih selesa dan menenangkan!

Di dalam ebook ini ada disenaraikan 123 Tips, namun begitu, ianya bukanlah bermakna anda perlu melakukan semua tips tersebut untuk membolehkan anda berjimat dan menyimpan sehingga RM1,000 sebulan. Anda hanya perlu melakukan sebahagian sahaja, mungkin 10-20 tips sahaja sudah memadai mengikut keselesaan anda!




Jika anda mendapatkan ebook ini hari ini! Harga pengenalan untuk 100 orang pertama yang mendapatkan ebook ini hanyalah RM27 sahaja!

Ya! Hanya RM27 sahaja untuk 123 Tips Jimat Cermat! Ianya adalah hanya berharga 22 sen sahaja bagi setiap tips! Klik link langgan di bawah untuk tempahan.

Sedangkan setiap tips yang terdapat di dalam ebook ini, jika anda berjaya amalkan, ianya akan mampu menyelamatkan wang anda antara RM10 hingga RM100 ringgit setiap bulan!