Penulis : Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad
ISBN : 978-983-097-654-9
Harga : RM 18.00/ RM 20.00
Sinopsis :
Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.
Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?
Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan di luar kemampuan kita.
Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan cerdik, seperti Siti Khadijah r.a., seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan.
Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya kita semua bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Tuesday, May 8, 2018
ADA APA DENGAN RM?
Penulis : Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
ISBN: 978-983-097-632-7
Harga: RM20.00
Sinopsis :
Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya!
Keadaan ekonomi akan lebih mencabar. Wang atau pendapatan yang kita bakal raih mungkin akan naik atau turun. Namun, ia tidak begitu penting berbanding CARA PENGURUSAN KEWANGAN kita. Jika cara kita menguruskannya tidak berubah, hasilnya sama sahaja.
Muhasabahlah cara pengurusan kewangan kita dengan setelus-telusnya. Janjilah pada diri dan keluarga untuk berubah ke arah yang lebih bernilai, berhemah dan bertanggungjawab.
Buku ini akan memberi panduan bagi anda yang mahukan petunjuk mencapai kehidupan kewangan yang lebih teratur dan selesa. Ia satu rujukan mudah untuk menyelesaikan isu kewangan yang anda sedang hadapi.
Anda perlu miliki buku ini jika anda mahu:
■ Bebas daripada masalah kewangan
■ Bebas daripada belenggu hutang
■ Menambah pendapatan keluarga
■ Belajar mengawal perbelanjaan
■ Merancang kewangan keluarga

PEMBURU HARTANAH
Penulis: Abe Nazz
Harga: RM30.00
ISBN :
Sinopsis :
Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju bersama Abe Nazz.
Pemburu Hartanah adalah satu daripada dua jilid Daimyo No Sakuhin. 'Daimyo' itu bererti Raja Negeri pada zaman Perang Sengoku di Jepun. Daimyo berkuasa penuh bagaikan seorang raja dan mengenali setiap inci tanah jajahannya.
Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai "Daimyo" Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction/ undercons).
Ibu dan bapa Daimyo Eco Park ini kedua-duanya ialah bekas guru sekolah. Maka, di sinilah datangnya kemahiran beliau untuk mendidik dalam susun atur yang ringkas tetapi padat.
Beliau sedar untuk melangkah jauh dalam pelaburan undercons, beliau perlu mencari enam lagi Daimyo dari kawasan jajahan lain. Setelah berjaya mengumpulkan enam Daimyo, beliau mula mengumpulkan pelabur-pelabur undercons yang tegar.
Wawasan beliau ialah untuk menubuhkan sebuah Koperasi Jaegers sebelum 2020 yang akan melabur dalam pemaju-pemaju yang mempunyai potensi, melabur dalam hartanah komersial seperti hotel, dan melabur dalam tanah-tanah yang bisa dimajukan.
Buku ini ditulis dengan niat untuk melengkapkan ilmu asas dalam pelaburan undercons. Buku ini akan disusuli dengan Siri 2 yang padat dengan tip dan strategi yang lebih kompleks. Apa yang pasti, pelaburan undercons ialah satu pelaburan yang bermula dengan modal yang minimum, yang perlu dijalankan dengan penuh agresif tetapi masih perlu berhati-hati, yang akhirnya mampu menjana laba yang besar.
Diharapkan pembaca akan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian 15 tahun ini. Apa yang ingin disampaikan ialah orang makan gaji pun boleh melabur hartanah bernilai jutaan ringgit sekiranya ilmu hisab undercons (under construction) adalah mantap!
TENTANG PENULIS
Abe Nazz hanyalah nama pena Abe. Nama sebenar Abe ialah Ahmad Nazhrat Bin Mohd Zain. Abe bekerja sebagai CEO untuk Daimyo United Sdn Bhd dan juga menjaga perniagaan Klinik Pergigian Setia Alam milik isteri Abe.
Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons).

Monday, May 7, 2018
WANG EMAS : BERTAHAN KETIKA GAWAT
Penulis : Mohd Zulkifli Shafie
ISBN : 978-983-097-637-2
Harga: RM25.00
Sinopsis :
Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi.
Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

CASH FLOW UNTUK LELAKI
Penulis : Shamsudin Kadir
ISBN : 978-983-097-674-7
HARGA : RM25.00
SINOPSIS :
Jangan baca buku ini sekiranya:
• Kita sudah beli rumah sewaktu umur 25 tahun ke bawah.
• Kita berbelanja kurang daripada duit gaji.
• Kita ada sumber pendapatan bulanan kedua dan ketiga yang bukan MLM.
• Kita sudah pandai guna duit orang lain untuk beli rumah.
• Kita pandai guna duit orang lain untuk melabur.
• Kita sudah beli rumah dengan 90 peratus diskaun.
• Kita beraya ikut Islam bukannya orang Islam.
• Kita tahu modus operandi semua skim cepat kaya.
• Kita tahu bagaimana untuk mengetahui apabila duit kita menjadi berganda.
• Kita sudah membeli emas yang dikecualikan daripada GST pada setiap bulan.
• Kita dapat membezakan antara Skim Betul dan Skim Tipu.
• Telefon bimbit yang kita pakai itu dibayar oleh orang lain.
• Ansuran kereta kita dibayar oleh orang lain.
Buku ini dikhususkan untuk para lelaki yang merupakan ketua dalam sebuah keluarga. Besar tanggungjawab lelaki, bahkan di dalam Islam sudah menetapkan lelaki yang perlu menyediakan nafkah zahir seperti rumah, pakaian dan makanan kepada keluarganya. Sekiranya bercerai sekalipun, suami tetap mempunyai tanggungjawab untuk tempoh tertentu untuk bekas isterinya dan mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah ke atas anak-anaknya.
Justeru, buku ini memberi panduan dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif agar perancangan ekonomi keluarga lebih teratur dan terancang.

BAJET POWER
Penulis : Harith Faisal
ISBN: 978-983-097-641-9
Harga: RM30.00 ISBN: 978-983-097-641-9
Sinopsis :
Simpan dan Labur Gaya Orang Muda
Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.
Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.
Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.
Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.
Anda perlu memiliki buku ini jika:
* Baru mula bekerja.
* Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.
* Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.
* Belum sempat nak menabung, gaji sudah habis.
* Mahu beli rumah tapi tak pernah ada tabungan.
* Mahu belajar cara mengembangkan simpanan.
* Risau terjebak dengan dosa kewangan.
* Mahu bebas hutang.
* Ingin pelaburan untuk jaminan hari tua.
HIPSTER HARTANAH
Penulis : Harith Faisal
Harga : RM30.00
ISBN : 978-983-097-640-2
SINOPSIS :
Tip & Motivasi Beli Rumah Untuk Orang Muda
Benarkah kita tidak mampu membeli rumah? Sebenarnya, kita takut nak beli rumah bukan sebab tidak mampu, tetapi kita tidak tahu caranya. Apabila ada ilmu, keyakinan akan datang kemudian. Ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan perlu seiring. Kedua-duanya perlu untuk memiliki sebuah rumah.
Semakin lambat anda beli rumah, semakin banyak peluang yang anda terlepas. Dahulukan mana yang patut didahulukan. Kalau belum mampu nak beli rumah bertanah, tidak salah mulakan dengan flat atau apartmen dahulu. Ingat ini, rumah impian tidak semestinya rumah pertama anda.
Tak perlu nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual itu. Beli sahaja rumah banyak-banyak di awal usia, sudah tentu anda adalah HIPSTER HARTANAH.
Selepas baca buku ini, anda tidak akan menyesal untuk beli rumah walaupun untuk duduk sendiri. Percayalah! Anda akan belajar cara yang betul untuk dapat keuntungan daripada pembelian dan pelaburan hartanah khas untuk anak muda. Ayuh, mulakan langkah pertama anda sekarang!
Subscribe to:
Comments (Atom)