Friday, December 5, 2014

JANGAN SEBUT NAMAKU

Penulis : Noorfadzillah
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-0184-70-8
Mukasurat : 576

Sinopsis:

Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari. Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?

Monday, December 1, 2014

UNGU KARMILA

Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
ISBN : 978-983-124-327-5
Mukasurat : 480

Sinopsis:

ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!