Sunday, November 30, 2014

EPIDEMIK T

Penulis : Helmi Effendy
Harga : RM18.90
ISBN : 978-967-0535-02-9
Muksurat : 408

Sinopsis:

Dari alam barzakh, mereka merangkak ke dunia. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk sekumpulan survivor yang cuba hidup dalam neraka dunia. Tiada seorang pun yang boleh hidup dari serangan virus ini. Dan tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit ini melainkan mati.

Adam Harish dan Amirul Ashraf, dua hero Malaya ditugaskan menyelamat Pulau Eurasia dari ancaman virus ini di samping menyelamatkan anak perdana menteri, Shila yang diculik Asstrold Pharmacy.

Dapatkah Adam Harish dan Amirul Ashraf melakukannya? Dapatkah Shila diselamatkan? Dan mampukah Pulau Eurasia dipulihkan?

“Aku tahu betapa bangsatnya dia! Tapi apa bezanya kau dan dia bila kau bunuh dia nanti? Dia perogol dan kau, pembunuh!” – Datuk Hafeez

“Memang aku dah hilang akal! Kita akan mati dibahan Zombi-zombi itu kalau kita tak cabut lari.” – Farah

“Ke sebuah tasik. Sumber daripada HQ mengatakan bahawa Shila ada bersembunyi di situ.” – Harish

Friday, November 28, 2014

TAKLUK JAGAT

Penulis : Zaki Zainol
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-86-0475-8

Sinopsis:

Tanah Ini akan bergolak. Tiada siapa yang menyangkanya dan tiada siapa yang bersedia. Antara Dasyuria dan Sedinggi – dua negeri yang bersempadan, ada api dalam sekam yang terpendam sekian lama.

Bayu Adi Jata, seorang pemuda yang tinggal terasing bersama-sama datuknya, tidak menyangka akan terjebak dalam sengketa antara negeri dan juga antara alam.

Bermula dengan sebuah kematian dan kehilangan keris panjang yang cuma menjadi sendal pintu pondoknya, Bayu Adi Jata terpaksa memulakan pencarian. Daripada sebuah pondok terpencil ke dunia luas. Satu demi satu rahsia hidupnya terbongkar. Antara kebaikan dan kejahatan, ada jalur kelabu di tengah-tengah.

Dia mengenal siapa Ariasha Cinta Castra, gadis misteri yang seakan-akan mengetahui rahsia hidupnya. Tanpa dapat ditolak, Bayu Adi Jata menjadi perantara antara alam manusia dan bunian. Kemudian munculnya, Pemusnah Jiwa, orang yang paling ditakuti di Tanah Ini.

Dapatkah Bayu Adi Jata menamatkan pencariannya? Mampukah dia menggantikan dendam dengan kemaafan? Atau adakah kegelapan akan menelannya dan melenyapkan cinta yang baru berputik?

Demi menundukkan Lambang Kekejaman, Penzalim yang Sunyi terpaksa dibangkitkan! 

BILIK 616

Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-0184-85-2
Mukasurat : 544

Sinopsis:

Satu kejadian aneh berlaku di sebuah resort di Negeri Hang Tuah, Melaka. Dengan tidak semena-mena beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri. Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu. Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu.

Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene. Kejadian misteri itu berulang lagi menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut. Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan. Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan Azhar untuk membongkar misteri itu.


Monday, November 24, 2014

MARGASATWA

Penulis : Saidee Nor Azam
Harga : RM27.90
ISBN : 978-967-0535-58-6

Sinopsis:

Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?

Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya.

Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!

Sunday, November 23, 2014

MAKLUMAN; MASIH DALAM PEMBINAAN

Sahabat sekalian, Blog Genkipapa Bookstore sedang dalam proses pengemaskinian.

Masih banyak buku-buku yang belum dimuatnaik. Walaubagaimanapun, sahabat-sahabat sekalian sudah boleh membuat tempahan kepada yang berhajat.

Mohon SMS/ Whatsappkan  ke 0168095475. Judul buku yang sahabat cari kepada Admin. Dan kami akan memberi maklumbalas dengan detail buku.

Kami di Genkipapa Bookstore memohon jutaan maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa sahabat-sahabat hadapi bagi menyediakan keadaan yang lebih selesa, mudah, cepat dan jimat pada masa akan datang.

Semoga sahabat-sahabat sekalian gembira bersama kami di Genkipapa Bookstore.




OBJEKTIF KAMI

Kepakaran kami di Genkipapa Bookstore adalah membantu individu-individu yang:

1. Malas ke kedai buku kerana kedai buku jauh
2. Mahu menjimatkan masa yang terbuang lebih dari 2 jam dalam perjalanan akibat kesesakan lalulintas
3. Sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk ke kedai buku
4. Mahu mengelak kesesakan lalulintas yang memeningkan kepala
5. Mencari buku-buku terkini/lama yang sentiasa kehabisan stok walaupun berulangkali ke kedai buku

Oleh itu, kami di Genkipapa Bookstore akan membantu anda mengatasi masalah di atas dengan menyediakan kemudahan tempahan dan pembelian atas talian.

Penghantaran akan dibuat dalam masa 24 jam setelah bayaran disahkan. Pengeposan menggunakan perkhidmatan Pos Laju dalam 1 ke 4 hari bekerja bergantung kepada lokasi.






Saturday, November 22, 2014

KATEGORI BUKU

Kategori-kategori buku yang terdapat di Genkipapa Bookstore:

1. Al Quran Digital

2. Al Quran
3. Buku Indonesia
4. Diari
5. Haji & Umrah
6. Islam
7. Jahitan
8. Kanak-Kanak
9. Kekeluargaan
10. Kerjaya
11. Kesihatan
12. Motivasi
13. Novel Melayu
14. Novel Seram
15. Pengurusan
16. Perkahwinan
17. Perniagaan
18. Perubatan Islam
19. Politik
20. Puasa
21. Resipi & Masakan
22. Remaja
23. Sejarah Islam
24. Seni Kraf
25. Soal Jawab
26. Solat
27. Wanita
28. Wasiat & Harta Pusaka
29. Yasin
30. Kewangan
31. Kitab
32. Hadis
33. Umum
34. Novel English
35. Buku Teks Sekolah
36. Buku Rujukan Sekolah
37. Dan Lain-Lain

Kalau ada buku-buku yang sahabat-sahabat hajati, tapi tiada dalam kategori di atas. Boleh maklumkan kepada kami untuk semakan.


In shaa allah, kami akan sedaya-upaya untuk memenuhi keperluan sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih.









SELAMAT DATANG KE GENKIPAPA BOOKTORE

Terima kasih kami ucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sudi singgah ke Genkipapa Bookstore.

Kami di sini menjual pelbagai jenis Buku Ilmiah, Buku Agama, Kitab, Novel, Al-Quran, Majalah dan Komik secara Online dan juga Offline.


Syarikat kami telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama "GENKIPAPA ENTERPRISE " (KT0322556-K) bagi menjalankan urusan perniagaan secara Online dan Offline.


Jemput semua.. Semoga dengan adanya Genkipapa Bookstore akan dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian.


Terima kasih atas sokongan anda semua!!!